Tuesday, April 6, 2010

Executive Development Programme

Siri Latihan Pembangunan Executive

Program Siri Latihan Pembangunan Eksekutif ( Executive Development Programme ) merupakan inisiatif syarikat SEC dalam membekalkan latihan kepada individu dan organisasi yang mencari-cari peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang diceburi serta memajukan diri dan ingin membentuk keyakinan dalam diri mereka. Melalui latihan EDP ini, peserta akan diberikan latihan dalam kelas yang merangkumi pembelajaran secara interaktif dengan penceramah dan juga kerjasama dalam kumpulan. Program ini merangkumi 15 modul utama dan dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dan mahir dalam setiap modul latihan EDP. Antara aktiviti yang dijalankan adalah untuk menambah kemahiran dan kualiti yang dapat meningkatkan kemahiran, menguruskan kerja, dan tanggungjawab penting dalam menguruskan kerjaya mereka.

Nama Program : Siri Latihan Pembangunan Eksekutif (Executive Development Programme)
Penceramah : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Modul Program EDP :
Modul 1 : Motivasi Dan Pemikiran
Modul 2 : Komunikasi Interpersonal
Modul 3 : Kemahiran Penyampaian Berkesan
Modul 4 : Pengurusan Kerjaya
Modul 5 : Pengurusan Masa
Modul 6 : Khidmat Pelanggan
Modul 7 : Pengurusan Projek
Modul 8 : Pengurusan Operasi
Modul 9 : Pengurusan Pejabat
Modul 10 : Penampilan Professional
Modul 11 : Pemikiran Kreatif Dan Kritis
Modul 12 : Asas Keusahawanan
Modul 13 : Jualan Dan Pemasaran
Modul 14 : Pentadbiran
Modul 15 : Pengurusan Kewangan

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program EDP ini ialah:
1. Meningkatkan penawaran pekerja yang mempunyai kemahiran
2. Meningkatkan pengetahuan pekerja dan menambahkan kemahiran mereka mengikut kehendak dan keperluan semasa
3. Melengkapkan pekerja dengan kemahiran terkini agar tidak tertinggal dengan peredaran zaman
4. Meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja
5. Melengkapkan peserta dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk mencari pekerjaan
6. Melahirkan keinginan dalam diri yang menebal untuk menjadi insan cemerlang
7. Membina keyakinan diri bagi memahami potensi diri yang ada dalam diri peserta
8. Memberikan teknik-teknik komunikasi interpersonal berkesan kepada peserta
9. Memberikan teknik-teknik pengurusan masa berkesan kepada peserta
10. Melengkapkan peserta dari segi mental dan fizikal dalam alam kerjaya

Methodologi:
Antara pendekatan yang digunakan dalam pelaksanaan program ini adalah:
1. Latihan melalui pembelajaran dalam kelas bersama penceramah dan kerjasama dalam kumpulan, untuk membolehkan peserta lebih memahami setiap modul dengan berkesan
2. Penyampaian interaktif dan dua hala - Penyampaian bersama penceramah dan peserta, supaya pemahaman dapat ditingkatkan
3. Kerjasama dalam kumpulan - Membiasakan peserta untuk bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan hubungan antara peserta
4. Bermain peranan "Role Plays" - Memastikan peserta dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam dunia sebenar
5. "Experiental Learning" - Mempelajari modul melalui gambaran dan contoh yang sebenar
6. Aktiviti luar "Outdoor Activity" - Meningkatkan daya saing dan produktiviti peserta

Sasaran Program:
1. Golongan yang telah bekerja dan ingin meningkatkan kemahiran mereka
2. Organisasi yang memerlukan latihan untuk pekerja
3. Pelajar lepasan sekolah, sijil, STPM, diploma dan Ijazah yang ingin meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri mereka

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Latihan Pembangunan Eksekutif ( Executive Development Programme ), anda boleh melayari laman web utama Success Excellence Center - http://www.success-excellence-center.com atau hubungi kami di talian - 088- 245399 / 088-245377.

Pengurusan Pejabat

Fasilitator : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Objektif :
1. Mempelajari kepentingan pengurusan pejabat
2. Mengenalpasti sikap yang perlu ada pada individu yang bekerja dalam pejabat
3. Mengaplikasikan peralatan yang sesuai untuk pengurusan pejabat yang berkesan
4. Mengenalpasti suasana pejabat yang dapat menjamin keselesaan bekerja

Unit Perbincangan:
Unit 1 : Kepentingan Pengurusan Pejabat
Unit 2 : Tangga susunan Pengurusan
Unit 3 : Keselesaan Bekerja

Melalui program ini peserta akan didedahkan kepada pengurusan pejabat yang efektif. Peserta akan mempelajari kepentingan pengurusan pejabat serta dapat mengenal pasti sikap yang perlu ada pada individu yang bekerja dalam sesuatu pejabat. Peserta juga di harap dapat mengaplikasikan peralatan yang sesuai untuk pengurusan pejabat yang berkesan bagi menjamin keselesaan bekerja. Diakhir modul ini peserta akan dapat lebih memahami pengurusan pejabat yang berkesan dan efektif.

Pengurusan Operasi

Fasilitator : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Objektif :
1. Mengenalpasti konsep dan dasar dalam pengurusan operasi
2. Mempelajari pengurusan operasi dengan menggunakan sumber yang kurang
3. Mengaplikasikan sistem pengurusan yang efektif

Unit Perbincangan :
Unit 1 : Skop Pengurusan Operasi
Unit 2 : Proses Pengurusan Operasi
Unit 3 : Prinsip 5S

Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada konsep dan dasar dalam pengurusan operasi yang yang berkesan dan efektif. Peserta mempelajari pengurusan operasi dengan menggunakan sumber yang kurang. Pada akhir modul peserta akan dapat mengaplikasikan sistem pengurusan operasi yang lebih efektif di tempat kerja masing-masing.

Khidmat Pelanggan

Fasilitator : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Objektif :
1. Mempelajari khidmat pelanggan dalam meningkatkan kepuasan pelanggan
2. Mempelajari keperluan dan jangkaan pelanggan
3. Mengenalpasti proses khidmat pelanggan
4. Mengaplikasikan teknik yang dapat meningkatkan perhubungan dengan pelanggan

Unit Perbincangan:
Unit 1 : Pengenalan kepada Khidmat Pelanggan
Unit 2 : Kepentingan Khidmat Pelanggan
Unit 3 : Teknik Perhubungan Pelanggan Berkesan

Melalui modul ini peserta akan dapat mempelajari perkhidmatan pelanggan untuk menjamin kepuasan pelanggan dalam setiap transaksi yang kita jalankan. Peserta akan di ajar mengenai teknik-teknik perhubungan pelanggan yang berkesan. Di akhir modul ini peserta akan dapat meningkatkan perhubungan mereka dengan pelanggan dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

Perancangan Projek

Fasilitator : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Objektif :
1. Memahami perancangan projek
2. Mengenalpasti kelebihan dan aplikasi pengurusan projek
3. Mempelajari definisi projek dan aktiviti yang berkaitan dengan Pengurusan Projek
4. Mengetahui peranan kerja berkumpulan dengan pengurus dan ahli kumpulan
5. Memahami kepentingan pengurusan projek untuk perkembangan karier

Unit Perbincangan:
Unit 1 : Definisi Pengurusan Projek
Unit 2 : Kepentingan Pengurusan Projek
Unit 3 : Koordinasi Tugas dan Pengurusan Projek

Melalui modul Pengurusan Projek ini peserta akan didedahkan kepada proses dan langkah-langkah yang terlibat dalam menguruskan suatu projek secara berkesan. Di akhir modul ini peserta akan tahu kepentingan pengurusan projek serta kepentingan mengkoordinasikan tugas-tugas dalam pengurusan projek.

Pengurusan Masa

Fasilitator : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Objektif :
1. Pengurusan masa yang efektif
2. Mengenalpasti tips dan teknik pengurusan masa
3. Memahami kepentingan pengurusan masa

Unit Perbincangan:
Unit 1 : Pengurusan Masa
Unit 2 : Prinsip Pengurusan Masa Berkesan
Unit 3 : Tips dan Teknik Pengurusan Masa Berkesan

Melalui modul ini peserta akan di ajar untuk menguruskan masa secara teratur sesuai dengan aktiviti harian mereka. Mereka akan didedahkan kepada kepentingan pengurusan masa yang efektif dalam mengatur jadual kerja seharian mereka. Mereka juga akan didedahkan kepada tips dan teknik pengurusan masa berkesan iaitu ‘Model Mencipta Masa’. Diakhir modul ini peserta akan lebih memahami cara menguruskan masa dengan betul dan berkesan.

Pengurusan Kerjaya

Fasilitator : Tn. Hj Saberun Abd. Kadir
Objektif :
1. Memberi panduan dalam pengurusan kerjaya bagi menghadapi alam pekerjaan
2. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang di perlukan untuk pengurusan kerjaya
3. Mengetahui cara-cara untuk mencari pekerjaan dan memohon pekerjaan

Unit Perbincangan:
Unit 1 : Pengurusan Kerjaya Berkesan
Unit 2 : Keperluan-keperluan temu duga
Unit 3 : Praktikal temu duga

Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada pengurusan kerjaya yang betul dan berkesan. Peserta akan diberikan kuiz kerjaya bagi menentukan karier yang bersesuaian dengan mereka. Modul ini juga akan memberikan panduan kepada peserta yang belum mendapat pekerjaan atau ingin menukar kerjaya cara-cara untuk menulis CV yang berkesan serta kemahiran-kemahiran menghadapai suatu temuduga kerja.